Friday, October 8, 2021

 


KOTA BHARU:
 Walaupun dituduh dengan pelbagai perkara, Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjual hampir setengah juta ringgit dalam tempoh enam hari sahaja.


KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.

Pengarah Ekspo Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru (sehingga petang semalam) membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000.

“Mungkin bertambah RM100 ribu lagi menjelang saat akhir penutupan pada malam semalam melalui  ‘wakalah-wakalah’ (ajen-ajen) dinar dan dirham.

“Ini bermakna masyarakat kini tahu dan biasa dengan dinar dan dirham," kata beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri bercakap kepada pemberita menjelang penutupan rasmi Ekspo itu di Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV petang semalam.

Beliau melahirkan harapan agar negeri lain khususnya negeri Pakatan Rakyat (PR) turut meningkatkan penggunaan dinar dan dirham di kalangan rakyatnya khususnya dalam transaksi urusan jualbeli.

“Diharapkan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor akan mencetak dinar dan dirham masing-masing menggunakan standard yang sama.

“Walaupun memakai cop negeri masing-masing, namun dengan amalan konsep dan standard yang sama, negeri berkenaan boleh mengadakan persefahaman untuk bertukar-tukar dinar dan dirham itu," katanya.

Kelantan tidak memonopoli dalam pengeluaran mata wang syariah itu, namun menjadi penekanan ialah ‘standard’ digunakan.

Justeru dinar dan dirham Kelantan menggunakan ‘hologram’, yang bererti satu piawaian untuk standard dan penyelarasan umumnya.


Hologram itu yang pertama dan terbaru seperti mana dilancarkan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Jun baru-baru ini.

Dinar dan dirham yang berhologram pertama itulah juga dibida lima pembida termasuk pembida dari rakyat Selangor dan Pulau Pinang.

Menurut Zulkifli, jumlah jualan dinar sepanjang tempoh ekspo, bahkan sehingga petang tadi sebanyak 419 keping dinar bernilai RM330,172, manakala jumlah jualan dirham pula 4,500 keping dirham bernilai RM112,500.

Pengarah Ekspo turut mengumumkan pemenang bidaan dua dinar berhologram.

Pemenang pertama, Mat Husin Mamat (Kuala Krai, Kelantan) (dengan bidaan 100 dirham).

Wan Muhammad Azim Wan Mohd Azlan (Kota Bharu) dan Ab Halim Mahmod (Selangor) masing-masing diisytihar pemenang kedua  dan ketiga (75 dirham).

Pemenang keempat  Mohd Farid Ibrahim (Kota Bharu, 71 dirham) dan kelima Bashir Ismail (Pulau Pinang, 70 dirham).

Turut hadir pada upacara itu Pengurus Besar KGT Mahadi Mokhtar.

MALAM PELANCARAN DINAR DAN DIRHAM HOLOGRAM PERTAMA DI DUNIA

 DALAM KENAGAN: MALAM PELANCARAN DINAR DAN DIRHAM HOLOGRAM PERTAMA DI DUNIA JUN 2012




BERMULA HARI INI : Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham


Kerajaan Negeri Kelantan bakal anjurkan sebuah ekspo perdagangan bertaraf dunia - Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham yang bakal berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan .

Tarikh : 15 - 20 Jun 2012
Masa : 10 Pagi - 10 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad ke iv & Kompleks Balai Islam Kota Bharu (18 Jun 2012)
Disempurnakan Oleh: YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (MENTERI BESAR kELANTAN)

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

ANTARA ACARA MENARIK:
1. PESTA MAKANAN ANTARABANGSA
2. PRODUK DUNIA ISLAM
3. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ANTARABANGSA
4. PAMERAN ANIMASI DAN MULTIMEDIA
5. PRODUK WARISAN KELANTAN
6. PAMERAN TEKNOLOGI PEMOTORAN DAN MOTOSIKAL
7. PADANAN PERNIAGAAN
8. Pelancaran dinar dan dirham hologram pertama didunia

GAMBAR SEKITAR KARNIVAL Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham

wakalah kami

  KOTA BHARU:  Walaupun dituduh dengan pelbagai perkara, Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menju...